Wednesday 1 February 2012

Black Garlic


Apakah BLACK GARLIC. (Bawang Putih Hitam)?
Black Garlic adalah makanan semulajadi yang amat baik untuk tubuh badan manusia. Ianya terhasil dari proses penapaian dan penuaan (fermented and aging) bawang putih segar pada suhu yang tinggi serta kelembapan selama 60-90 hari sehingga terhasil isi yang hitam. Proses ini telah menghilangkan bau tajam dan rasa yang kuat kepada rasa yang kenyal, sedikit manis dan rupa yang di salai. Boleh dimakan terus dalam jumlah yang banyak tanpa kesan bau.

Tahap kemampuan antioksidan di dalam Black Garlic meningkat 10 kali ganda dari bawang putih mentah biasa, akan tetapi, kebaikan atau khasiat bawang putih biasa itu masih ada di dalam Black Garlic. Sumber kajian luar mendapati ada aktiviti antioksidan yang ketara pada ekstrak Black Garlic di dalam sel darah merah. Kandungan 'polyphenol' di dalamnya juga meningkat secara ketara, yang mana ini sangat bagus untuk mencegah pengoksidaan kolesterol, menghalang penghasilan oksigen aktif dan mencegah ‘arterial sclerosis’

Khasiat BLACK GARLIC  - bawang putih hitam
Manfaat kesihatan dan perubatan Bawang Putih telah lama diketahui. Bawang putih telah lama dianggap sebagai "keajaiban ubat" dalam dunia herba, dengan pengaruh dalam cerita rakyat untuk mencegah semua jenis virus dan membunuh bakteria berbahaya secara lansung. Bawang putih telah digunakan secara meluas dalam pembuatan jamu (phytooherapy). Pengambilan bawang putih dan produk-produknya dalam jangka masa panjang dapat membantu anda menjaga sel kekebalan tubuh, melawan virus dan meningkatkan antibodi.  

Black Garlic dijadikan sebagai bahan makanan dan di perolehi tanpa sebarang bahan tambahan atau bahan pengawet, hanya melalui proses penuaan. Oleh itu, ia sangat sesuai dijadikan sebagai bahan makanan kesihatan kerana sifatnya yang asli dan mudah di makan. 



Keputusan kajian menunjukkan bahawa Black Garlic mempunyai sifat anti-kanser,pemulihan dan mencegah diabetes, merawat influenza, anti-keletihan, menurunkan tekanan darah, menurunkan lemak, menurunkan gula dalam darah, anti-trombisis, menurunkan kolesterol, anti-penuaan, meningkatkan kekuatan imunisasi, untuk memperbaiki sembelit dan insomnia. Proses penuaan ini jelas meningkatkan kesan bawang putih dalam makanan.

Black Garlic yang dihasilkan dari gred terbaik dengan khasiat luar biasa, boleh didapati pada harga runcit yang berpatutan dan sesuai untuk semua golongan. 

Sunday 29 January 2012

KRISTAL

Kristal boleh didapati dalam semua tempat di dunia ini dalam keadaan bentuk yang pelbagai. Ianya adalah simbol kemegahan dan kekuasaan sebagaimana kristal digunakan pada mahkota dan tongkat ataupun camar.

Perkataan kristal berasal dari perkataan Greek purba , ”krystallos” yang membawa maksud ’ais’. Kristal adalah ais yang membeku secara keseluruhannya dan tidak akan cair semula. Pembekuan ini adalah mengikut fenomena kejadian alam semulajadi . Semasa pembekuan ini, segala tenaga dikumpulkan dan tersimpan bersama kejadian kristal ini. Sebab itulah kristal mengandungi tenaga yang berterusan sehinggalah kemusnahannya. Tenaga yang tersimpan itulah yang digunakan untuk kehidupan seharian kita.



JENIS KRISTAL

1. ”SINGLE TERMINATORS”

Mempunyai 6 persegi dan satu bahagian tajam yang bertindak sebagai pemokus untuk aliran tenaga kristal tersebut. Kebiasaannya digunakan untuk kegunaan umum dan pengubatan.

2. ”DOUBLE TERMINATORS”

Mempunyai 2 bahagian hujung yang tajam dan kedua bahagian tersebut digunakan sebagai penyalur tenaga. Tenaga yang ada disatukan dan disalurkan kepada pengguna atau mengikut niat serta bayangan minda .

3. ”CLUSTER”

Batu batu kristal yang kecil terhimpun di dalam satu himpunan. Kebiasaannya ’cluster’ kristal Amethyst banyak terdapat di pasaran.. Berfungsi untuk mengimbang dan mengharmonikan tenaga di tampat di mana cluster tersebut diletakkan. Cluster ini juga berfungsi sebagai pengecas dan pembersih tenaga kepada kristal kristal yang telah digunakan. Letakkan kristal yang lain selama 5 jam di dalam cluster ini untuk tujuan mengecas dan membersihkannya.

4. PIRAMID

Merupakan kristal yang mempunyai bentuk geometrik yang tenaganya terfokus di bahagian puncak piramid. Amat sesuai untuk dibawa bermeditasi dan diletakkan di dalam bilik. Kelebihannya adalah terdapat dua jenis tenaga yang dapat disalurkan iaitu tenaga kristal itu sendiri dan tenaga piramid hasil daripada penyerapan tenaga alam semester serta dipancarkan berterusan.


KELOMPOK KRISTAL

1.Kelompok 1-2-3
Amber ,Amethyst ,Aquamarine, Aventurine, Pink Beryl (Morganite) ,Blue Lace Agate , Botswana Agate ,Green Calcite, Carnelian , Chrysocolla , Citrine, Clear Quartz, Diamond, Single Terminated Clear Quartz Crystal, Emerald , Hematite, Red Jasper, Malachite, Rose Quartz , Ruby , Sodalite, Turquoise

2.Kelompok 4-5-6
Alexandrite ,Amazonite, Azurite, Bloodstone, Gold Calcite, Fire Opal ,Fluorite, Red Garnet, Jade, Lapis Lazuli, Moldavite, Moonstone, Peridot, Pyrite, Blue Sapphire, Yellow Sapphire, Black Tourmaline, Violet Tourmaline, Pink Tourmaline, Double Terminated Clear Quartz Crystal

3.Kelompok 7-8-9
Charoite, Sugilite, Rhodocrosite, Pyritsun, Prasem (African Jade), Snowflake Obsidian, Apache Tears, Moqui Marbles, Boji StonesTektite, Chalcedony, Larimar (Atlantis Stone), Labradorite, Kunzite, Heliotrop, Cyanite, Apophyllite, Ruby-Zoisite, Tansanite




Saturday 28 January 2012

MUTIARA

Pada zaman dahulu sebelum manusia menerokai alam semulajadi, laut dipenuhi dengan pelbagai hidupan dan permata yang amat bernilai iaitu mutiara. Mutiara telah mula digunakan sebagai barang perhiasan dan juga dalam ilmu perubatan pada awal zaman Greek, Asia dan Kepulauan Pasifik. Selama kira-kira 5,000 tahun kita telah menikmati kemewahan daripada permata ini tetapi sejak satu abad yang lampau, mutiara telah dihasilkan melalui cara ternakan. Walaupun beberapa buah negara telah dikenali sebagai salah sebuah negara yang pakar dalam bidang ini.

Proses Memasukkan Nukleus
Sebelum nukleus boleh dimasukkan, induk tiram terlebih dahulu disuntik bagi menggalakkan pengeluaran telur. Kemudian bahagian lapisan “mantle lobe” (dikenali juga sebagai “piece” daripada moluska lain dipotong dan disediakan untuk dilekatkan pada lapisan kulit. Satu belahan perlu dibuat pada bahagian tisu lembut tiram menggunakan alat yang tajam (Contoh: Pisau pembedahan – “scalpel”). Kemudian “piece” tadi akan dimasukkan kedalam belahan ini bersama-sama nukleus.”Peice” akan membesar menjadi “pearl-sac” mengelilingi nukleus, membentuk satu lapisan nipis “nacreous”. Daripada permukaan “Pearl-Sac” bahan “nacreous” akan keluar dan seterusnya membentuk tiga hingga empat lapisan sehari dan proses ini akan menjadi lengkap dalam masa satu hingga dua tahun. 

Jenis-jenis Mutiara
Mutiara air tawar dan air masin mungkin kelihatan agak sama, tetapi mereka datang daripada sumber-sumber yang berbeza.

Mutiara air tawar terbentuk dalam pelbagai spesis kupang air tawar, iaitu dalam keluarga Unionidae  yang tinggal di tasik, sungai, kolam dan lain-lain badan air tawar. Kupang mutiara air tawar ini bukan sahaja berada dalam iklim yang panas, tetapi juga di kawasan sejuk lebih beriklim sederhana seperti Scotland (di mana mereka dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang). Walau bagaimanapun, mutiara air tawar yang dikultur dan banyak yang dijual hari ini datang dari China.

Mutiara air masin tumbuh dalam tiram mutiara, iaitu dalam keluarga Pteriidae, yang hidup di lautan. Mutiara tiram air masin adalah biasanya ditanam di lagun terlindung atau kepulauan gunung berapi.


Jenis Mutiara Yang Dikultur
Terdapat dua jenis mutiara yang sedang dikultur iaitu mutiara berbentuk bulat dan mutiara berbentuk separuh bulat. Pemeliharaan mutiara berbentuk bulat memerlukan masa kira-kira dua tahun manakala mutiara berbentuk separuh bulat memerlukan masa sepuluh hingga dua belas bulan. Dalam jangkamasa tersebut, mutiara berbentuk separuh bulat boleh mencapai garispusat 15-20mm.

Perbezaan Mutiara Kultur Dan Mutiara Semulajadi
Banyak spekulasi yang timbul berkenaan keaslian mutiara yang dikultur pada awal tahun 1900an. Mutiara yang dikultur sesungguhnya adalah tulin sepertimana mutiara semulajadi. Perbezaan yang mungkin dapat dilihat pada mutiara semulajadi ialah rupa bentuk nukleus mutiara yang wujud. Pada mutiara semulajadi, praktikel pasir, telur parasit dan bahan-bahan lain akan membentuk neukleus di tengah-tengah. Sementara itu, pada mutiara yang dikultur, nukleus tiruan yang terdiri daripada kulit asal (bivalve) dimasukkan untuk menjadikan mutiara. Amnya, kedua-dua   proses pembentukan mutiara ini adalah serupa. Dengan kata lain, nukleus perlu untuk mendapatkan mutiara samada dilakukan oleh manusia ataupun secara semulajadi untuk membentuk lapisan “nacre” yang seterusnya akan membentuk mutiara yang amat bernilai.


Cara Mengenal Mutiara Yang Baik
Kriteria yang penting dalam menilai mutiara ialah kehalusan pada permukaannya. Kecacatan mutiara sukar ditentukan, tetapi ianya boleh ditentukan melalui tanda/ bintik ataupun lekuk yang kelihatan. Untuk mengenal kecacatan mutiara, permukaannya bolehlah diusap dengan hujung jari. Sekiranya terdapat dua atau lebih bintik, mutiara tersebut adalah tidak berkilau, menarik dan di tambah dengan kilauan adalah baik untuk dibuat cincin. Mutiara yang berat sudah tentu mempunyai lapisan “nacre dan dapat bertahan lama, manakala lapisan yang nipis/ halus hendaklah dielakkan. Mutiara yang mempunyai kecacatan yang sedikit boleh digunakan untuk kalung (rantai leher) tetapi ianya tidak sesuai untuk cincin. Harga mutiara adalah ditentukan oleh saiz- berbanding dengan kualiti. Contohnya harga “loose pearls’ bertambah bagi setiap milimeter garispusat. Dengan lain perkataan, harga mutiara bersaiz 7mm amat berbeza dengan 8mm.

Warna Mutiara
Warna mutiara yang biasa terdapat dipasaran ialah merah jambu, merah jambu susu, putih kuning, keperakan, keemasan hijau, hitam, biru dan coklat. Pakar-pakar mutiara amnya menasihatkan agar pemilihan warna ini disesuaikan / padankan dengan warna kulit si pemakai.

Penjagaan Mutiara
Tanda-tanda yang kecil yang mencacatkan mutiara boleh dihilangkan dengan minyak zaitun. Perhatian!! elakkan dari memakai mutiara anda semasa mandi, di dapur atau mencuci. Warna mutiara boleh berubah kerana mutiara terbentuk daripada kalsium karbonat.